Mengenai ANGKASA

Mengenai ANGKASA

ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD ditubuhkan pada 12 Mei 1971 dengan objektif utama untuk menyatukan seluruh gerakan koperasi negara dan memelihara kepentingannya sebagai ejen pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat. ANGKASA diiktiraf kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi Malaysia pada peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa melalui Pemberitahuan Undang- Undang B215 pada 23 Mei 1996.

Kerajaan telah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebagai satu gagasan untuk memacu Malaysia menjadi negara maju pada 2020. Bagi merealisasikan transformasi ini, Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA telah bersetuju untuk melaksanakan Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA dengan sumbangan dana sebanyak RM satu juta setahun daripada ANGKASA.

 Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA telah dilancarkan pada 15 Ogos 2010. Tujuan Skim ini adalah untuk mengumpulkan dana infaq daripada warga koperasi sama ada yang beragama Islam atau bukan beragama Islam bagi melaksanakan amalan kebajikan yang berterusan (endowment) selari dengan prinsip koperasi ke- 7 iaitu “Mengambil Berat Terhadap Masyarakat”.  

ANGKASA komited dalam usaha mengagihkan dana ini secara telus dan berhikmah demi menunaikan amanah para penyumbang. Hasil manfaat daripada Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA ini boleh dikecapi oleh semua warga koperasi khususnya dan masyarakat amnya. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.angkasa.coop atau laman web http://www.infaqlilwaqf.coop atau talian 03- 7884 6615 /6674.