Tujuan & Objektif

PENGENALAN

Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA telah dirasmikan pada 15 ogos 2011 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail Sabri Yaacob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan pada ketika itu. Skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA telah mendapat kelulusan daripada

i)                    Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 21 Februari 2011 melalui surat bil (94) dalam MAIS/E/MAL//01/007/09

ii)                   Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 5 Januari 2011 melalui surat bil. SKM.IP(UU)2622 Jld 9 (44)


TUJUAN

Mengumpulkan dana bagi melaksanakan projek atau program yang berupaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi warga koperasi khasnya dan masyarakat umum amnya bagi tujuan waqaf tanpa mengira taraf hidup, bangsa dan agama.


OBJEKTIF
Membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat khususnya koperasi melalui konsep wakaf dengan menggunakan sumbangan Infaq Lil-Waqf ANGKASA.